Penyandang kerusi DUN Sungai Ramal Mazwan Johar menyampaikan sumbangan komputer riba kepada 10 penerima dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Bandar Baru Bangi, Hulu Langat pada 12 Jun 2023. Foto Facebook Mazwan Johar
ADNSELANGOR

DUN Sungai Ramal belanja lebih RM350,000 baiki prasarana sekolah, sumbang komputer riba

SHAH ALAM, 6 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal memperuntuk lebih RM250,000 bagi kerja membaik pulih dan menaiktaraf prasarana di beberapa sekolah di kawasan itu.

Penyandang kerusi DUN Sungai Ramal Mazwan Johar berkata antara kemudahan sekolah yang dibaik pulih dan dinaiktaraf sejak 2018 termasuklah tandas, padang, dewan dan dataran perhimpunan pelajar

“Sebelum ini ada beberapa perubahan pentadbiran dan kepimpinan di peringkat Persekutuan yang menyebabkan peruntukan baik pulih kepada sekolah mengalami kelewatan.

“Jadi keperluan sekolah banyak yang saya penuhi pada ketika itu seperti baiki tandas sekolah, naik taraf dewan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.

Penyandang kerusi DUN Sungai Ramal Mazwan Johar menyampaikan sumbangan kembali ke sekolah kepada penerima di Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi pada 18 Mac 2023. Foto Facebook Mazwan Johar

Mazwan berkata soal pendidikan, kebajikan dan kesihatan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya dalam menyantuni penduduk di DUN Sungai Ramal justeru bantuan berkaitan banyak disalurkan.

“Pejabat DUN Sungai Ramal juga memperuntukkan kira-kira RM100,000 sejak tahun lalu hingga kini untuk sumbangan komputer riba bagi pelajar tingkatan enam hingga peringkat universiti.

“Ia tidak tertakluk hanya kepada keluarga B40, tetapi ada juga keluarga yang mempunyai anak ramai dan memerlukan kita turut bantu.

“Baru-baru ini, buat pertama kalinya RM1,350 disumbangkan kepada 135 penerima bantuan kembali ke sekolah untuk pembukaan akaun Tabung Haji,” katanya.


Pengarang :