ADN Morib Hasnul Baharuddin beramah mesra bersama tetamu Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Morib di pekarangan Dewan MPKK Kampung Seri Jugra, Kuala Langat pada 29 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Hadiah motosikal menanti pengunjung bertuah kenduri rakyat DUN Morib

SHAH ALAM, 1 JULAI: Hadiah utama cabutan bertuah sebuah motosikal menanti pengunjung program Jamuan Sup Rakyat Perpaduan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib esok.

Penyandang kerusi DUN Hasnul Baharuddin berkata selain motosikal pelbagai barangan elektrik turut ditawarkan kepada pengunjung bertuah.

“Dianggarkan kira-kira 2,000 penduduk sekitar akan menghadiri program ini dengan juadah sup lembu dan kambing disediakan memandangkan DUN Morib mempunyai penduduk pelbagai kaum.

“Bagi majlis ini dua ekor lembu dan lima kambing yang disumbangkan individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan ditumbangkan untuk penyediaan juadah berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Hasnul program anjuran pusat khidmat masyarakat DUN dengan kerjasama Umno Bahagian Kuala Langat itu akan bermula 8 malam hingga 11 malam di Dataran Kedai PLB Morib.

“Juadah akan disediakan secara rewang bermula 2 petang hingga 5 petang.

“Kita jemput semua penduduk di kawasan ini untuk memeriahkan program berkenaan selain mengeratkan silaturahim antara semua,” katanya.


Pengarang :