Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Program Suara Anak Muda #INIMASAKAMI di PJ Live Art, Petaling Jaya pada 15 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jaringan pengangkutan awam akan diperluas hingga ke Sepang, Sabak Bernam

PETALING JAYA, 16 JULAI: Jaringan pengangkutan di negeri ini bakal diluaskan hingga ke Sepang dan Sabak Bernam, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelan rancangan terbabit sebagai langkah menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam menjelang 2030.

“Kita hubungkan jajaran di Klang sehingga Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang hingga ke Putra Height atau Kuala Langat.

“Menjelang 2030, sasaran nisbah kenderan awam dan peribadi 6:4. Nampak tak logik tapi kita boleh tingkatkan perkara ini,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Program Suara Anak Muda #INIMASAKAMI
di PJ Live Art, Petaling Jaya pada 15 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau berucap ketika menghadiri program Suara Anak Muda #INIMASAKAMI di Live Art di sini semalam.

Ketika ini pembinaan projek Laluan Rel pantai Timur (ECRL) berjalan di utara Selangor sepanjang 90.72 kilometer merangkumi laluan bertingkat, aras tanah dan terowong.

EXCO Pengangkutan Ng Sze Han berkata projek ECRL itu melibatkan Seksyen C1B dan C2 di Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Klang berkeluasan 758.4 hektar.


Pengarang :