Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 27 Julai 2023 Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerajaan pimpinan Anwar di landasan tepat, konsisten bantu rakyat

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara sejak lapan bulan lalu berada di landasan tepat serta konsisten membantu rakyat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan cuba mencapai kepada perkara asas demi memperkasakan kehidupan lebih baik.

“Saya kira perdana menteri sudah melaksanakan segera bantuan dan sokongan yang sangat banyak kepada rakyat.

“… meningkatkan sumbangan untuk penoreh getah ketika waktu tengkujuh. Tahun ini 9,000 pesawah di Selangor juga terima bantuan RM1,000.

“Kita ambil masa tujuh hingga lapan bulan untuk membawa hala tuju negara yang lebih baik,” katanya pada majlis prapelancaran Yayasan Insan Istimewa Selangor (Yanis) hari ini.

Hari ini, Anwar melancarkan pelan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat bagi mengangkat semula ekonomi negara bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti.

Menerusi pelan itu beliau mengumumkan penawaran kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa berpendapatan RM100,000 setahun serta bantuan RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah.

Perdana menteri berkata bantuan RM200 turut diberikan kepada sejuta pesara kerajaan termasuk yang berpencen, penerima pencen terbitan dan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Anwar menjelaskan pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen juga bakal menerima manfaat sama.


Pengarang :