Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengagihkan daging korban kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika Ziarah Korban di Dewan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Batu 12, Gombak pada 1 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Korban di Dewan Jakoa Batu 12 Gombak meriah, lima persatuan sertai gotong-royong

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

GOMBAK, 1 JULAI : Program Jelajah Ziarah Korban Aidiladha Parlimen Gombak di Dewan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Batu 12 di sini, pagi tadi berlangsung meriah.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Gombak Utara berkata program berkenaan disertai lima persatuan antaranya Pertubuhan Ibu Tunggal dan Warga Emas Gombak dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Bukit Kala.

Mohd Fouzi Daniel berkata gotong-royong melapah daging korban dan memasak turut disertai Anggota Rela Mukim Setapak, Tobex FC dan MPKK kampung berkenaan.

Pengerusi MPKK Gombak Utara Mohd Fouzi Daniel. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Semua kerja-kerja bermula daripada proses penyembelihan, melapah dahing dan gotong royong memasak berjalan sangat lancar dengan adanya kerjasama mereka.

“Daging-daging yang dikorbankan hari ini juga akan diagihkan kepada asnaf di kawasan Gombak Utara selain komuniti orang asli beragama Islam dan selebihnya kepada penduduk di sini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama penduduk ketika Ziarah Korban di Dewan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Batu 12, Gombak pada 1 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut meluang masa menyertai program berkenaan yang menjadi tradisinya saban tahun.

“Alhamdulillah, untuk tahun ini kita menerima lima lembu untuk korban sumbangan daripada Dato’ Menteri Besar dan setiap tahun kita tidak terlepas tersenarai sebagai penerima.

“Kehadiran Dato’ Seri Amirudin Shari juga menyerikan lagi majlis hari ini seperti tahun-tahun sebelum ini beliau tidak pernah terlepas untuk turun padang walaupun sekejap, ia sudah menjadi satu tradisi,” katanya.


Pengarang :