Kejadian tanah mendap di KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dan barat dekat Bentong pada 25 Julai 2023. Foto Facebook Lebuhraya Pantai Timur
AGENDANASIONAL

Laluan Lebuhraya KL- Karak terhalang akibat tanah mendap

KUANTAN, 26 JULAI: Kejadian tanah mendap di KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dan barat dekat Bentong mengakibatkan laluan di lokasi berkenaan terhalang.

Sehubungan itu, Lebuhraya Pantai Timur dalam catatan di laman Facebook meminta supaya pengguna dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula ke persimpangan Bentong Barat.

“Bagi pengguna dari Kuala Lumpur ke Kuantan diarahkan keluar ke persimpangan Bentong Barat dan masuk semula ke persimpangan Bentong Timur,” menurut catatan itu yang dimuat naik malam tadi.

Terdahulu, tular beberapa gambar di media sosial yang menunjukkan permukaan jalan berlubang besar akibat mendapan tanah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

-BERNAMA


Pengarang :