Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan peserta larian 12 kilometer ketika program Larian Malam Ampang Jaya (AJNR) 2023 di Jalan Pandan Utama, Ampang Jaya pada 15 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Larian malam MPAJ disertai 2,500 peserta, rapatkan hubungan antara komuniti

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

AMPANG JAYA, 16 JULAI: Seramai 2,500 peserta menyertai larian malam Ampang Jaya Night Run (AJNR) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini malam tadi.

Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad berkata penganjuran kali keenam itu juga adalah satu daripada aktiviti sempena ulang tahun MPAJ ke-31 pada 1 Julai lalu.

“Jika sebelum ini, acara larian kami anjur di kawasan Taman Melawati, namun sempena ulang tahun MPAJ ke-31, ia dijalankan di hadapan ibu pejabat MPAJ dengan lima kategori dipertandingkan termasuk enam dan 12 kilometer.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan peserta larian 6 kilometer ketika program Larian Malam Ampang Jaya (AJNR) 2023 di Jalan Pandan Utama, Ampang Jaya pada 15 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Sambutan diterima menggalakkan dan kita lihat ia sebagai usaha mendekatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama penduduk komuniti Ampang Jaya untuk menjayakan program sebegini serta penganjuran aktiviti lain pada masa hadapan,” katanya.

Majlis perasmian dan pelepasan peserta AJNR disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Penganjuran bersama Menteri Besar Incorporated (MBI), Kembara Es Sdn Bhd dan N8 Sports Nutrition itu menyediakan pelbagai hadiah menarik selain menawarkan hadiah utama sebuah televisyen pintar 50 inci dan jam tangan Garmin untuk peserta.

Turut diadakan gimik majlis penyerahan hadiah utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPAJ 2023 untuk penggal pertama iaitu dua motosikal Honda Vario kepada pemenang bertuah yang diumumkan 27 Jun lalu.


Pengarang :