Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membangunkan stesen telemetri hidrologi di kawasan 50 meter rizab sungai bagi memantau kuantiti dan kualiti air sungai di Selangor. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor
AGENSISELANGOR

LUAS bina stesen telemetri hidrologi, pantau kualiti, kuantiti air sungai

SHAH ALAM, 25 JULAI: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membangunkan stesen telemetri hidrologi bagi memantau kuantiti dan kualiti air di lembangan sungai di negeri ini.

Agensi itu memaklumkan, stesen itu ditempatkan di kawasan 50 meter rizab sungai bagi membantu merekod bacaan sebenar di lokasi secara berterusan.

Jelasnya, stesen tersebut juga berperanan sebagai sistem amaran awal di hulu muka sauk yang berisiko seperti di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih.

“Pembangunan stesen telemetri memberi kemudahan jaringan komunikasi bagi penghantaran data dari stesen telemetri ke peranti penyimpanan pemantauan LUAS.

Stesen telemetri hidrologi dibangunkan LUAS bagi memantau kuantiti dan kualiti air sungai di Selangor. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor

“Tambahan juga, stesen telemetri berperanan sebagai sistem amaran awal di hulu muka sauk yang berisiko di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih,” katanya menerusi Facebook.

LUAS menambah, agensi itu sering melakukan pemantauan ke stesen telemetri bagi memastikan teknologi yang dipasang dapat beroperasi sepenuhnya.

Menurutnya, beberapa prosedur perlu dilakukan, selain melaksana ujian bagi menyemak setiap komponen mengikut kriteria prestasi dan memenuhi spesifikasi ditetapkan.

“Pemantauan berkala dan rondaan terus dilaksanakan bersama agensi berkaitan melalui platform Ops Sumber Air Negeri Selangor bagi memastikan sumber air di kawasan tadahan terpelihara,” katanya.


Pengarang :