Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa melakukan gimik pelepasan Mobilisasi Jururawat Pelatih sempena Madani Afiat dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 One Hour Malaysia Clean Up Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 9 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Madani Afiat perkasa kesihatan awam negeri, dorong masyarakat jalani saringan

GOMBAK, 9 JULAI: Program Madani Afiat yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal menyokong agenda pemerkasaan kesihatan awam Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program berkenaan berperanan mendorong masyarakat untuk mendapatkan saringan kesihatan untuk pencegahan penyakit.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas melancarkan Madani Afiat dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 One Hour Malaysia Clean Up Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 9 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Program ini boleh digabungkan dengan inisiatif yang telah digerakkan Kerajaan Negeri terutama dalam aspek kesihatan awam.

“Ia akan membantu kita terutama menangani aspek kesihatan awam dan pencegahan masalah kesihatan melalui penglibatan terus dengan masyarakat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Madani Afiat yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, hari ini.

Berlangsung di Dewan Rakyat Batu Caves di sini, program yang bermula 7.00 pagi menerima kunjungan lebih 3,000 orang ramai bagi mengikuti pelbagai acara termasuk pemeriksaan gigi, ujian mengesan barah pangkal rahim dan payudara secara percuma.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa melakukan gimik pelancaran Madani Afiat dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 One Hour Malaysia Clean Up Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 9 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Ketika berucap melancarkan program berkenaan, Amirudin berkata inisiatif kesihatan awam negeri banyak menumpukan kepada pencegahan penyakit menerusi program Selangor Saring.

“Contohnya Selangor Saring yang menumpukan kepada saringan kesihatan bagi mencegah penyakit terutama penyakit tidak berjangkit yang turut memberi cabaran besar kepada sistem kesihataan awam,” katanya.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata Madani Afiat adalah inisiatif yang memberi peluang kepada pengurusan tertinggi KKM untuk turun padang dan bertemu rakyat bagi menyebarluas maklumat asas pencegahan penyakit dan nasihat kesihatan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Madani Afiat dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 One Hour Malaysia Clean Up Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 9 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Ia melibatkan aktiviti turun padang iaitu lawatan rumah ke rumah bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan melalukan ujian saringan kesihatan bagi mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit.

“Program ini bertepatan dengan reformasi kesihatan seperti terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan iaitu mempertingkat promosi kesihatan dan pencegahan penyakit,” katanya.

Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan ketika pelepasan Mobilasi Jururawat Pelatih sempena pelancaran Madani Afiat dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 One Hour Malaysia Clean Up Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 9 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Madani Afiat peringkat kebangsaan dilancarkan hari ini dengan Selangor terpilih sebagai lokasi pertama program berkenaan.

Ia antara lain melibatkan program mobilisasi 150 jururawat daripada Institut Latihan KKM bergerak dari rumah ke rumah untuk melakukan ujian saringan kesihan seperti pemeriksaan tekanan darah, ujian gula dalam darah dan ujian kolestrol.

Selain itu turut dilaksanakan inisiatif ‘one hour Malaysia Clean Up’, tindakan bersepadu yang menggerakan masyarakat mengadakan aktiviti kebersihan persekitaran secara bergotong-royong.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat permainan e-sport selepas melancarkan Madani Afiat dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 One Hour Malaysia Clean Up Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 9 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Program hari ini turut menganjurkan pelbagai acara menarik seperti permainan e-sukan, Sony PlayStation 5 (PS5) dan Sony PlayStation 4 (PS4) serta VR PlayStation.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah.

 


Pengarang :