Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengagih daging korban kepada penduduk Pinggiran 5 Kampung Sungai Chinchin, Gombak pada 1 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB gembira lihat semangat gotong-royong masyarakat jayakan program korban

GOMBAK, 1 JULAI: Dato’ Menteri Besar gembira melihat semangat kerukunan tinggi dalam kalangan penduduk bagi menjayakan program korban di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata semangat gotong-royong penduduk dari pelbagai lapisan umur mampu menjadikan Selangor lebih berjaya di masa hadapan.

“Selaku pemimpin, saya gembira lihat semangat kerohanian, kerukunan dan penglibatan rakyat dalam setiap program korban.

“Ini suasana baik yang harus dikekalkan dan ia juga merupakan petanda penting untuk kita capai kejayaan,” katanya kepada Selangorkini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama sebahagian petugas dalam program korban bersama Persatuan Penduduk Flat AU1B di Taman Keramat Permai, Gombak pada 1 Julai
2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ibadah Korban anjuran Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Taman Keramat Permai Jalan AU1B di sini, hari ini.

Amirudin bersama isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad meluangkan masa kira-kira 30 minit membantu melapah daging korban dan memasak bersama masyarakat setempat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad membantu petugas memasak dalam program korban bersama Persatuan Penduduk Flat AU1B di Taman Keramat Permai, Gombak pada 1 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI.

Sementara itu, Ketua Pemuda persatuan penduduk, Khairul Nizam Idris berkata sebanyak tiga ekor lembu dan dua ekor kambing disembelih untuk diagihkan kepada lebih 2,000 penduduk.

“Kami amat menghargai kehadiran Dato’ Menteri Besar ke program kami dan beliau juga sudi meluangkan masa membantu serta beramah mesra dengan kami,” katanya.


Pengarang :