Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan hadirin ketika sesi pendengaran awam bersama rakyat anjuran Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 24 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB kongsi pengalaman, jawab lebih 10 soalan dalam Town Hall rakyat

SHAH ALAM, 25 JULAI: Kira-kira 100 hadirin menyertai program Town Hall Rakyat bersama Amirudin Shari bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini malam tadi.

Dihoskan moderator dan pelakon Azhar Sulaiman, sesi pendengaran awam bersama Dato’ Menteri Besar bermula jam 8.30 hingga 10 malam.

Dalam sesi itu, Amirudin meluangkan masa menjawab lebih 10 soalan merangkumi pelbagai topik dan isu yang dilontarkan sidang hadirin.

Isu diketengah meliputi perancangan negeri menarik pelabur, jaminan bekalan makanan, rumah mampu milik dan nasib pemandu e-panggilan.

Program seumpama itu kerap dianjurkan agensi berkenaan dengan menampilkan pemimpin setempat dan ahli akademik untuk merungkai isu semasa dalam negara.


Pengarang :