Oleh Najamuddin Mohd Nor
GOMBAK, 1 JULAI: Dato’ Menteri Besar menyertai jelajah Ziarah Korban Parlimen Gombak di tiga kampung sekitar Sungai Chinchin, di sini hari ini.
Kehadiran Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad pada jam 12.40 tengah hari disambut penduduk Kampung Pinggiran 3, Kampung Pinggiran 4 dan Kampung Pinggiran 5.
Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak kemudian mengagihkan daging korban kepada kira-kira 70 orang asnaf, ibu tunggal dan orang kelainan upaya.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/07/M3-500x333.jpg.webp)
Dalam ucapannya, beliau berkata perasan penuh kesyukuran perlu dizahirkan setiap umat Islam di negara sempena sambutan Aidiladha.
‘Justeru, saya berharap pengertian pengorbanan dapat diterjemahkan setiap rakyat untuk kebaikan negara, negeri Selangor dan syiar Islam.
“Insya-Allah diharapkan kita juga mempunyai semangat yang tinggi berkorban untuk negara, negeri Selangor dan agama Islam khususnya,” ucapnya.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/07/M-2-500x333.jpg.webp)