PBTSELANGOR

MBSA anjur program kucing angkat sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Ahad ini

OLEH YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

SHAH ALAM, 4 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan program kucing angkat sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan MBSA, Seksyen 14 di sini pada 9 Julai.

Menurut kenyataan bahagian korporat dan perhubungan awamnya program diadakan bagi meningkatkan kesedaran pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.

“Bermula jam 7 hingga 10.30 pagi, 10 ekor kucing disediakan semasa program ini. Sebelum diadopsi kucing ini telah divaksin, dan dibuat pemeriksaan kesihatan.

“Program ini juga menggalakkan kerjasama berterusan semua pihak untuk bersikap lebih bertanggungjawab kepada haiwan peliharaan demi persekitaran yang bersih dan selamat,” kata kenyataan itu.

Selain itu, MBSA juga akan mengadakan pertandingan kucing tercantik dengan penyertaan percuma terhad kepada 10 orang peserta terawal.

Pemenang tempat pertama hingga ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200, RM150, RM100 serta hamper.

Aktiviti lain Shah Alam Recycle Fun Run, Fun Ride, Fun Walk, kayuhan santai, senamrobik, dan persembahan kombo MBSA, klinik pembangunan sukan silat, memanah dan zoo mini turut disediakan kepada pengunjung.


Pengarang :