Poster Kempen Kebersihan Tandas Premis Makanan anjuran MPAJ bertujuan memastikan tandas awam berada di tahap terbaik. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
PBTSELANGOR

MPAJ galak pengusaha, pemilik kedai makan sertai kempen tandas bersih

OLEH AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 4 JULAI: Pengusaha dan pemilik kedai makanan sekitar Ampang Jaya digalakkan menyertai kempen kebersihan tandas anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan kempen bertujuan mewujudkan tandas berstatus bersih, menawan dan wangi.

“Pembaharuan lesen premis makanan hanya akan diberikan kepada mereka yang lulus tahap kebersihan tandas empat bintang dan ke atas,” katanya.

Beberapa aktiviti yang harus pengusaha atau premis makanan lakukan seperti membaik pulih dan menaik taraf tandas awam.

Meningkatkan kebersihan, kefungsian, keselamatan, keselesaan, menjalankan sanitasi dan disinfeksi serta meningkatkan penarafan tandas awam pihak berkuasa tempatan kepada empat bintang dan ke atas.


Pengarang :