PBTSELANGOR

MPK anjur seminar cipta kandungan TikTok, terhad 50 peserta terawal

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 6 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempelawa individu berumur 15 tahun ke atas menyertai seminar ‘Content Creator’ TikTok di Auditorium Raja Ismail pada Sabtu ini.

Jabatan Komunikasi Korporatnya berkata seminar itu yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari hanya menerima 50 peserta terawal sahaja dan bayaran RM10 dikenakan.

“Peserta akan didedahkan dengan pembelajaran mencipta kandungan, strategi dan teori serta aplikasi TikTok sebagai platform menjana pendapatan.

“Peserta juga akan menerima sijil dan buku kerja selepas tamat seminar,” maklumnya kepada Selangorkini.

Orang ramai yang berminat boleh mengimbas borang pendaftaran melalui kod QR pada poster atau hubungi pegawai Encik Helmi (017-3617275) dan Encik Luqman (012-2595851).


Pengarang :