EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berucap ketika majlis pelancaran Selangor International Halal Convention (Selhac) di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 29 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri rekod lebih 5,000 pemegang sijil halal pelbagai sektor

SHAH ALAM, 1 JUL: Selangor merekodkan lebih 5,000 pemegang sijil halal daripada pelbagai sektor setakat ini, kata EXCO industri halal.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata kepesatan industri halal yang tidak hanya menumpu kepada makanan dan minuman menyebabkan permohonan mendapatkan sijil halal semakin meningkat di negeri ini.

“Selangor adalah negeri pertama wujudkan porfolio industri halal tujuannya untuk kita memperkasakan sektor ini kerana mempunyai potensi yang cukup besar.

“Urus niaga industri halal ini mencecah trilion dolar (Amerika Syarikat), bukan sekadar libatkan makanan dan minuman tetapi termasuk farmasi, kosmetik, pelancongan dan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara Selamat Pagi Malaysia edisi khas yang bersiaran langsung dari Teratak Shah Bonda, Tanjung Sepat, hari ini.

Mohd Zawawi berkata terdapat beberapa program dilaksanakan Selangor bagi memperkasa keupayaan industri halal termasuk penganjuran Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac).

“Ia mempertemukan pengeluar produk, pengimport, pengesport serta semua yang terlibat dalam rantaian industri halal.

“Selain itu turut diadakan program padanan niaga kepada pembekal yang ingin memasarkan produk mereka ke pasaraya besar bagi meluaskan pasaran.

“Kita turut mewujudkan program yang mengumpulkan data iaitu AHO (Authorised Halal International Selangor Operator) bagi membantu penggiat industri berkembang dalam industri halal,” katanya.


Pengarang :