Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berswafoto bersama peserta ketika majlis penyerahan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di tapak karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 24 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri sedia bantuan tunai, caruman KWSP bela kebajikan pekerja p-panggilan

SHAH ALAM, 11 JUN: Pelbagai bantuan dan program ditawar Kerajaan Selangor kepada pekerja industri p-panggilan bagi menjaga kebajikan golongan berkenaan terutama ketika pandemik Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata usaha meliputi pelaksanaan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE), yang memberi sumbangan tunai RM500 dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM50.

“Inisiatif dimulakan pada 2020 akibat pandemik Covid-19 dan mendapat sambutan mengalakkan dengan menerima jumlah permohonan yang banyak. Setiap tahun 3,000 anak muda mendapat manfaat skim ini.

“Insya-Allah, kerajaan perpaduan akan terus menjamin kebajikan mereka sekiranya diberikan mandat dalam pilihan raya akan datang,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Tahun ini, pentadbiran negeri memperuntuk RM2 juta bagi membolehkan lebih 3,000 pekerja p-panggilan menerima manfaat tersebut, yang dilaksanakan bermula 2020.

Pada 11 Jun, Amirudin mengumumkan tambahan RM1 juta untuk diagih kepada 2,000 pekerja sektor berkenaan berikutan jumlah permohonan menggalakkan di seluruh negeri.

RiDE diwujudkan selepas Kerajaan Negeri melihat keperluan melindungi pekerja ekonomi sampingan berikutan kebergantungan masyarakat terhadap sektor itu selepas penularan wabak Covid-19.


Pengarang :