Antara aktiviti menarik yang disediakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sempena program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya pada 9 Julai 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya
PBTSELANGOR

Pelbagai aktiviti menarik program hari tanpa kenderaan Subang Jaya Ahad ini

Oleh DIANA ABD WAHAB

SUBANG JAYA, 4 JULAI: Lebih 10 aktiviti menarik menanti pengunjung bermula dari jam 7 hingga 11.45 pagi sempena program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya, Ahad ini.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memaklumkan program diadakan di Jalan SS16/1 berhadapan pasar raya Aeon Big Subang Jaya dan Subang Parade menyediakan pelbagai aktiviti kekeluargaan yang sesuai untuk semua peringkat usia.

Menerusi infografik yang dikongsi menerusi Facebook antara aktiviti yang dirangka adalah kayuhan santai, pertandingan berbasikal berdaya tahan (endurance challange), bola sepak jalanan (street soccer) serta pertandingan berbasikal kanak-kanak (run bike).


Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut mengadakan demonstrasi pertolongan cemas sempena program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya pada 9 Julai 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya

“Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya turut menyediakan acara karaoke, senamrobik, demonstrasi silat dan pesta sarapan pagi.

“Kayuhan santai, pemeriksaan kesihatan percuma selain pelbagai hadiah menarik seperti cabutan bertuah turut menanti pengunjung. Orang ramai dijemput memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 17 Jun lalu Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim mengumumkan program hari tanpa kenderaan dikenali Selamat Pagi Subang Jaya kini dijenamakan semula sebagai program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya.

Beliau berkata matlamat utama penganjurannya bukan sahaja membantu penduduk menjalani kehidupan tanpa kenderaan ketika program dijalankan malah dapat beriadah bersama keluarga melalui aktiviti yang disediakan pihak berkuasa tempatan itu pada hujung minggu.


Pengarang :