AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang kembang niaga, usahawan dipelawa mohon Skim Go Digital sehingga RM50,000

SHAH ALAM, 14 JULAI: Usahawan yang berhasrat mengembangkan perniagaan dipelawa memohon pembiayaan Skim Go Digital Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Menurut Facebook agensi itu skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 boleh dimohon menerusi mikrokredit.selangor.gov.my atau hubungi pegawai pembiayaan di 19 cawangan Hijrah.

“Skim Go Digital diwujudkan untuk membantu usahawan mentransformasikan kaedah perniagaan ke arah pendigitalan melalui platform terkini dan moden.

“Dengan pemasaran perniagaan secara digital, ia dapat membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan servis yang akhirnya mampu memaksimumkan keuntungan hasil jualan secara dalam talian,” katanya.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM130 juta bagi membolehkan Hijrah menambah baik skim serta membantu pembangunan usahawan.

Selain Go Digital, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), i-Agro, i-Lestari, dan i-Bermusim.


Pengarang :