AGENDANASIONAL

Peluang orang ramai bertanya soalan kepada MB di Karangkraf malam ini

SHAH ALAM, 24 JULAI: Orang ramai dijemput hadir mengikuti sesi Town Hall Rakyat bersama Dato’ Menteri Besar di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini malam ini.

Bermula 8.30 malam, program anjuran Sinar Harian membuka peluang kepada hadirin untuk bersoal jawab bersama pemimpin negeri itu berhubung isu setempat.

Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook turut mempelawa mereka yang tidak dapat hadir untuk menonton siaran langsung di semua platform digital Sinar Harian termasuk di pautan www.sinarharian.com.my

Acara malam ini akan dikendalikan moderator yang juga pelakon terkenal Azhar Sulaiman.

Program seumpama itu kerap dianjurkan agensi berkenaan dengan menampilkan pemimpin setempat dan ahli akademik untuk merungkai isu semasa dalam negara.


Pengarang :