Guru Besar Al Amin Keramat Rozita Arusat ketika ditemui pada majlis penyerahan Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA pada 7 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
SELANGOR

Pengurusan Al-Amin syukur dapat kelulusan tanah, pelbagai bantuan

SHAH ALAM, 7 JULAI: Pengurusan Pusat Pendidikan Al-Amin (Al-Amin), Gombak bersyukur atas kelulusan tanah kira-kira 0.14 ekar bagi menaik taraf kemudahan pendidikan selain pelbagai bantuan lain yang diterima sebelum ini.

Guru Besarnya Rozita Arusat menyifatkan pemberian tanah daripada Kerajaan Negeri itu merupakan hadiah dan berita paling menggembirakan institusi berkenaan.

“Al Amin tidak pernah ketinggalan menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri saban tahun dan pemberian tanah merupakan pemberian terbesar.

“Tanah itu hanya kemudahan untuk murid. Ia ada dataran untuk aktiviti kokurikulum, gerak kerja murid, termasuk kantin. Ini satu perjuangan dan harapan sejak sekian lama,” katanya.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan surat kelulusan pemilikan tanah kepada Rozita di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.

Al-Amin ditubuh bagi memperkasakan mutu pendidikan Islam melalui Sistem Pendidikan Islam Bersepadu seterusnya melahirkan kelompok pelapis intelektual Islam.

Pusat pendidikannya di Jalan Sungai Pusu menempatkan pelajar menengah dan rendah yang keseluruhannya berjumlah 1,200 orang.


Pengarang :