Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Juma’ah bersama tetamu membaca zikir ketika Majlis Zikir Darul Ehsan sempena Festival Turath Islami di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Perhebat program imarah masjid, surau, tingkat ilmu agama kepada rakyat

SHAH ALAM, 1 JUL: Penekanan kepada program pengimarahan masjid dan surau di seluruh negeri memberi nilai tambah kepada ilmu dan pengetahuan rakyat berkaitan agama Islam.

EXCO hal ehwal agama Islam berkata ketika ini terdapat 436 masjid dan 2,000 surau di Selangor diurus dan ditadbir dengan baik oleh nazir dan jawatankuasanya.

Tangkap layar wawancara bersama EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam program Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran langsung dari Teratak Shah Bonda, Tanjung Sepat pada 1 Julai 2023

“Setiap hari dan setiap minggu semua inistitusi ini aktif dengan kegiatan pengajian dan kuliah selain pelbagai program termasuk berkaitan remaja dan wanita.

“Semua program ini dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk memastikan apa yang disampaikan adalah ajaran yang tidak bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah selain mengelakkan unsur yang menyebabkan perpecahan dan selisih faham dalam kalangan masyarakat,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran langsung dari Teratak Shah Bonda, Tanjung Sepat, Sepang hari ini.

Orang ramai mendengar Daurah Afkar Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali disampaikan oleh bekas Mufti Besar Mesir, Prof Dr Ali Jum’ah ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Mei 2023 . Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Mohd Zawawi berkata pembinaan masjid di Selangor bukan sekadar kemegahan bangunannya tetapi pengisian dan pengimarahan yang menjadi keutamaan.

“Di Selangor program berkaitan ilmu, solat dan pelbagai lagi dibuat untuk pengimarahan masjid dan surau.

“Pada Aidiladha ini program korban dianjurkan masjid dan surau malah Kerajaan Negeri melalui anak syarikat menyumbangkan lembu dan kambing kepada masjid terpilih terutama yang ramai golongan B40 supaya mereka dapat sama-sama rasai nikmat kemakmuran negeri Selangor,” katanya.

Petugas bergambar bersama pada program Ziarah Korban Aidiladha di Masjid An Nur Wira Damai pada 29 Jun 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :