KDEBWM menyumbang tong sampah Leach Bin untuk ditempatkan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer serta Subang Jaya pada 12 dan 13 November 2020. Foto Facebook KDEBWM
PBTSELANGOR

Pertandingan indahkan rumah sampah tawar hadiah sehingga RM1,000

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 16 JULAI: Orang ramai khususnya golongan muda di kediaman bertingkat dipelawa menyertai pertandingan Pengindahan Rumah Sampah Belia Strata 2023 anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

MPHS memaklumkan penyertaan secara berkumpulan disertai sekurang-kurangnya lima belia berumur 15 hingga 25 tahun selain dianggotai ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC).

Hadiah tempat pertama menawarkan wang tunai RM1,000 berserta sijil kepada pemenang manakala juara JMB atau MC menerima tiga tong sampah ‘leach bin’ berserta sijil.

“Pertandingan bertujuan memupuk rasa kepunyaan dalam kalangan belia terhadap kawasan pemajuan strata masing-masing,” katanya di Facebook.

Tarikh penyertaan bermula semalam sehingga 8 September dan setiap penyertaan layak membuat tuntutan bil sehingga RM1,000 bagi membeli peralatan dan bahan untuk pengindahan rumah sampah tersebut.


Pengarang :