Timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli ketika berucap pada Ceramah Jelajah Madani DUN Sungai Tua di Kampung Bahtera, Gombak Permai pada 30 Julai 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PN gagal tadbir negara, Kerajaan Perpaduan raih pelaburan RM25 bilion

GOMBAK, 31 JULAI: Tiada perancangan dan hala tuju ekonomi jelas membuktikan kegagalan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara sepanjang tempoh 33 bulan.

Timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata keadaan itu berbeza ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan apabila RM25 bilion pelaburan masuk bagi projek peralihan tenaga boleh baharu.

Rafizi Ramli berkata pasaran saham juga melonjak 80 mata bersamaan hampir RM1 bilion dalam tempoh seminggu selain penurunan kadar inflasi dalam pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN).

“Dia (PN) mahu kritik macam mana lagi sebab perancangan kita bagus. Zaman mereka 33 bulan satu perancangan pun tiada, satu sektor baru pun tidak boleh diwujudkan.

“Akhirnya dia akan ulang benda sama yang membodohkan rakyat terutama orang muda (sebab) sampai sekarang dia tiada jalan mahu kritik ekonomi madani,” katanya di sini malam tadi.

Berucap pada ceramah Jelajah Madani, menteri ekonomi itu memaklumkan lima perkara dijanjikan KEADILAN semasa kempen pilihan raya umum lepas giat dilaksana kerajaan ketika ini.

Selain pelan hala tuju peralihan tenaga, tumpuan lain mengembangkan pertanian moden di negara ini dengan projek pertama atas tanah seluas 1,000 ekar di Putrajaya membabitkan 4,000 peserta.

“Kita juga akan lancar Akademi Industri melibatkan pengilang terbesar dengan menawarkan kerja kepada 20,000 belia selain mendemokrasi pendidikan melalui pendigitalan untuk pastikan anak muda kreatif dan berinovasi.


Pengarang :