Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan semasa sidang media selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Aidilfitri Peringkat Kontinjen Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 20 April 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Proses penamaan calon di Selangor lancar, tiada provokasi melampau

GOMBAK, 29 JULAI: Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor berjalan lancar tanpa provokasi melampau, kata Ketua Polis Selangor.

Datuk Hussein Omar Khan berkata keseluruhan proses terkawal manakala kumpulan penyokong di pusat penamaan calon mematuhi garis panduan ditetapkan.

“Alhamdulillah, setakat pagi ini (10.30 pagi) keadaan tenang dan segala proses berjalan lancar.

“Semuanya berlangsung dengan baik,” katanya ditemui di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini, hari ini, lapor Berita Harian.

Tambahnya polis menempatkan 400 anggota di daerah Gombak di dua pusat penamaan calon iaitu 220 orang di SMK Sungai Pusu dan 180 di Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“Kita juga ada dua unit Pasukan Tempur Ringan (LSF) yang bersiap-sedia di kawasan berhampiran dan satu unit Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak,” katanya.


Pengarang :