SHAH ALAM, 17 JULAI: Selangor MAC dan Selangor TOT United memburu tempat ke akhir Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) selepas cemerlang mengatasi lawan masing-masing di suku akhir kedua pada Sabtu lalu.
Pahang Rangers FC menanti kunjungan Selangor MAC pada 23 Julai selepas masing-masing menang besar agreget 9-2 mengecewakan Shah Alam City dan Terengganu.
Selangor TOT United menewaskan Pulau Pinang 4-2 selepas dua pusingan bertemu Johor Darul Ta’zim yang mengatasi Sabah dengan agreget 21-0 pada 24 Julai.
Separuh akhir kedua akan berlangsung pada 29 Julai manakala perlawanan akhir dijadual pada 5 dan 12 Ogos.
Sementara itu, pemain Selangor MAC Ali Ebrahimi mengetuai senarai penjaring terbanyak dengan 21 gol selepas meledak hatrik ketika menewaskan Terengganu 5-1 pada separuh akhir kedua.
Tonggak Johor Darul Ta’zim Ekmal Shahrin kedua dengan 16 gol diikuti pemain Shah Alam City Well Pereira (15 gol) dan Azri Rahman (13 gol).