Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perpaduan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves pada 9 Julai 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor maju hasil kestabilan politik, sumbang KDNK terbesar

GOMBAK, 10 JULAI: Kestabilan politik Selangor di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) menyokong pertumbuhan ekonomi sehingga menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Pengerusi HARAPAN negeri berkata selepas mendapat mandat, pentadbirannya sepanjang penggal sentiasa mengutamakan aspek pembangunan serta kebajikan penduduk.

“Selangor penyumbang terbesar ekonomi negara. Sebab apa jadi macam tu? Sebab kita tak tukar MB. Kita stabil sampai habis penggal, sampai Dewan Negeri Selangor bubar.

“Kita sempat rancang dan atur program pembangunan dan kebajikan rakyat. Ya kita ada ubah (skim) tetapi untuk kebaikan rakyat. Kita bukan hanya bangga dapat bantu orang miskin tetapi mampu basmi kemiskinan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama jentera pilihan raya DUN Sungai Tua pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perpaduan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves pada 9 Julai 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Dato; Menteri Besar berucap ketika pelancaran jentera pilihan raya perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bagi mendepani pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Laporan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru menunjukkan sumbangan ekonomi Selangor kepada KDNK meningkat kepada 25.5 peratus pada 2022, bertambah lebih baik daripada 24.8 peratus pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ekonomi negeri ini juga meningkat sebanyak 11.9 peratus, melebihi pertumbuhan seluruh negara pada kadar 8.7 peratus tahun lalu.


Pengarang :