EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berucap di Selangor Health Partnership Program (Selhep) 2022 pada 24 November 2022 di Ispace Plaza VADS, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor sedia ekosistem lengkap rawat kesihatan mental

SHAH ALAM, 2 JULAI: Selangor menyediakan ekosistem lengkap bagi rawatan berkaitan kesihatan mental penduduk, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata melalui Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) mereka yang mempunyai cabaran kesihatan mental akan dibantu.

“Melalui SEHAT rakyat boleh saring diri sendiri menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi melihat tanda dua atau tiga minggu sama ada mereka alami kemurungan, kerisauan, keresahan atau stres.

“Keadaan ini boleh menganggu kehidupan seharian jadi dengan saringan ini boleh menyaring tahap awal kesihatan mental.

“Bagi tahap satu kita sediakan program pendidikan melalui akses kepada 60 video berkaitan kesihatan mental, tetapi sekiranya mereka ada tanda keinginan bunuh diri dan sebagainya pengguna akan dihubungkan kepada kaunselor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khas Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran langsung dari Teratak Shah Bonda, Tanjung Sepat semalam.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor Siti Kamariah Ahmad Subki (kanan) melancarkan talian khas aduan keganasan rumah tangga SELamat di Perbadanan Perpustakan Awam Selangor, Shah Alam pada 22 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Dr Mariah berkata setakat ini kira-kira 200 kes berkaitan kesihatan mental dikendali pihaknya hasil saringan dengan memperuntuk lima sesi rawatan bersama pakar psikologi klinikal atau psikiatri.

“Saya harap ekosistem ini dapat diteruskan kerana ia membantu mereka yang mempunyai cabaran kesihatan mental.

“Saya juga harap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengambil program ini (dan laksanakan di peringkat persekutuan),” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan Selangor berkaitan insiatif kesihatan awam adalah pencegahan lebih baik daripada merawat.

“Selain saringan mental, saringan penyakit tidak berjangkit seperti jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi kita boleh cegah jika buat persiapan daripada awal.

“Saringan barah turut disediakan secara percuma seperti barah pangkal rahim, payudara, usus dan prostat supaa apabiladapat diagnosis awal rawatan awal dapat dilakukan,” katanya.

 


Pengarang :