Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya Anfaal Saari (kiri) menyerahkan daging korban kepada penerima yang terdiri daripada keluarga kurang kemampuan dan asnaf sekitar Hulu Kelang pada program anjuran Persatuan Sukarelawan Hulu Kelang di Surau At-Taqwa, AU5 Keramat pada 29 Jun 2023. Foto Anfaal Saari
AGENSISELANGOR

Sukarelawan Hulu Kelang santuni asnaf, agih 200 kg daging korban

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 3 JULAI: Sebanyak 200 kg daging korban diagih kepada golongan asnaf sekitar Hulu Kelang pada program ibadah korban khas di Surau At-Taqwa, AU5 Keramat, Khamis lalu.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 3 berkata program anjuran Persatuan Sukarelawan Hulu Kelang bertujuan menyantuni keluarga asnaf dan kurang berkemampuan.

“Program ini dijalankan hampir sepenuhnya oleh golongan belia, selain berkongsi rezeki, kita mahu keluarga kurang kemampuan dan asnaf ini tidak terpinggir dan diraikan terutama ketika Aidiladha.

“Kita agihkan lebih 200 kg daging korban kepada kira-kira 200 keluarga asnaf sekitar Hulu Kelang,” kata Anfaal Saari ketika dihubungi.

Pada program berkenaan, 10 lembu dikorbankan secara secara gotong-royong membabikan penglibatan 20 sukarelawan.


Pengarang :