Rektor Universiti Islam Selangor (UIS) Prof Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah (kiri) dan Rektor Markfield Institute of Higher Education (MIHE) Dr Zahid Parvez memeterai memorandum persefahaman (MoU) di Leicestershire, United Kingdom (UK) pada 11 Julai 2023. Foto Facebook UIS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

UIS meterai MoU, buka peluang ijazah berkembar di United Kingdom

SHAH ALAM, 12 JULAI: Universiti Islam Selangor (UIS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan pusat pengajian tinggi dari United Kingdom berkait kerjasama dalam bidang kewangan Islam.

Perjanjian bersama Markfield Institute of Higher Education (MIHE) meliputi program ijazah sarjana berkembar selama enam bulan di institusi antarabangsa itu di Leicestershire, United Kingdom.

Menurut UIS dalam kenyataan di Facebook, kerjasama lain yang dimeterai termasuk penyelidikan, penganjuran bersama seminar akademik, pertukaran pelajar dan program mobiliti.

“MoU ini dimeterai melalui Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam UIS untuk memperkasa bidang kewangan Islam, sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala,” katanya.

MoU berkenaan ditandatangani Rektor UIS Prof Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah dan Rektor MIHE Dr Zahid Parvez di Leicestershire, United Kingdom baru-baru ini .

UIS, pusat pengajian tinggi milik Kerajaan Selangor berjaya melahirkan 27,365 graduan antara 1998 hingga tahun lalu, dengan pelajar semasa yang sedang mengikuti pengajian kira-kira 5,865 orang.


Pengarang :