Rodziah Ismail (tiga, kanan) bergambar bersama penerima geran alatan Sitham Yayasan Hijrah Selangor di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 11 Oktober 2021. Turut hadir Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin (dua, kanan). Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Usahawan hasrat kembang niaga dipelawa mohon pembiayaan Sitham

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 3 JULAI: Usahawan India yang berhasrat mengembangkan perniagaan dipelawa memohon pembiayaan khas Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) memaklumkan skim berkenaan membantu usahawan komuniti itu yang tidak mempunyai modal mencukupi untuk meneroka peluang perniagaan.

“Hijrah menawarkan program Sitham atau Selangor Inthiyar Thozhil Arvalar Maiyam khusus buat komuniti India di Selangor.

“Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, layari laman sesawang www.hijrahselangor.com,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi infografik yang dikongsi, Hijrah memaklumkan peserta berpeluang mengikuti latihan pembangunan usahawan dan program bimbingan perniagaan (Grow).

Usahawan juga berpeluang menjalani kursus kemahiran dan pembuatan (jangka pendek) selain bantuan geran (bantuan peralatan perniagaan).

Maklumat lanjut permohonan skim boleh hubungi talian 010-218 1585

Setakat Mac lalu seramai 4,253 usahawan India menerima bantuan bernilai lebih RM52 juta menerusi pelbagai skim pembiayaan pinjaman di bawah agensi itu.

Hijrah memaklumkan sebanyak 5,645 pembiayaan diberikan kepada kumpulan usahawan dalam komuniti terbabit iaitu 45 peratus lelaki dan 55 peratus wanita.

Selain Sitham, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, i-Bermusim, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro.


Pengarang :