Peserta yang hadir Kursus Persediaan Persijilan Halal Hijrah Selangor 2023 di Kelana Jaya pada 24 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Usahawan IKS, B40 dipelawa sertai seminar Hijrah Sabtu depan

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 1 JULAI: Hijrah Selangor (Hijrah) dengan kerjasama Vanigakalam Malaysia akan menganjur seminar keusahawanan di Menara BAC, Petaling Jaya pada 8 Julai depan.

Kursus yang bermula dari 9 pagi hingga 5 petang ditawarkan kepada usahawan mikro, perniagaan kecil dan sederhana (IKS) serta kategori berpendapatan rendah (B40).

“Anda boleh mengetahui cara-cara untuk mendapatkan pinjaman dan geran perniagaan untuk pengurusan perniagaan,” maklum Hijrah di Facebook.

Yuran penyertaan RM50 akan dikenakan kepada setiap peserta.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan ini atau hubungi Rose di talian 016-924 4520.


Pengarang :