Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua,kiri) menyaksikan Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, Saipolyazan M Yusop menyampaikan bantuan bencana ribut kepada penerima pada majlis Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI menyerahkan bantuan kepada mangsa bencana ribut di Morib dan sumbangan baik pulih jeti nelayan Kampung Kelanang di Dewan Orang Ramai Kampung Morib ,Tali Air Kuala Langat pada 1 Ogos 2023 Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

152 mangsa ribut Morib syukur terima bantuan tunai daripada MBI

KUALA LANGAT, 2 OGOS: Mangsa ribut di daerah ini bersyukur apabila menerima bantuan kewangan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI hari ini.

Muhammad Jaini Dasih, 65, berkata wang tunai RM500 diterimanya itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian memandangkan bumbung rumahnya yang rosak akibat ribut di Kampung Tali Air sudah dibaik pulih.

“Alhamdulillah, syukur sangat terima bantuan ini meskipun insiden ribut telah lama berlalu tetapi MBI tetap prihatin dalam menghulurkan sumbangan selepas Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang turut membantu kami sebelum ini.

Terdahulu, Muhammad Jaini antara 152 keluarga yang menerima bantuan disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBI Saipolyazan M Yusop sambil disaksikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan Orang Ramai Kampung Morib di sini semalam.

Seorang lagi penerima T Sathiya Devi, 40, berkata insiden ribut tempoh hari masih segar di ingatannya dan beliau bersyukur kerana tiada kecederaan dialaminya dan keluarga.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua,kiri) menyaksikan Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, Saipolyazan M Yusop menyampaikan bantuan baikpulih jeti nelayan kepada wakil nelayan Norhairi Mohd Yulah (kanan) turut bersama Penyelaras Parlimen Kuala Langat, Haridass Ramasamy pada majlis Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI menyerahkan bantuan kepada mangsa bencana ribut di Morib dan sumbangan baik pulih jeti nelayan Kampung Kelanang di Dewan Orang Ramai Kampung Morib ,Tali Air Kuala Langat pada 1 Ogos 2023 Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi ketika beliau dan keluarga sedang tidur dan tanpa sedar tiba-tiba bumbung bahagian dapur rumahnya habis diterbang angin.

“Kemudian petang hari yang sama kami segera meminta tukang untuk baik pulih bumbung dengan menggunakan simpanan yang ada, saya belanjakan hampir RM5,000 untuk baiki bumbung.

“Saya berterima kasih dan menghargai komitmen MBI yang sudi menghulurkan bantuan kepada semua mangsa ribut di daerah ini,” kata ibu tiga anak.

Dalam majlis sama MBI turut menghulurkan bantuan sebanyak RM48,700 bagi membaik pulih jeti nelayan Kampung Kelanang, Morib.

Ketua Kampung Kampung Norhairi Mohd Yulah, 48, berkata beliau yang mewakili lebih 600 nelayan di kawasan berkenaan menzahirkan terima kasih kepada MBI terhadap bantuan yang diberi itu.

“Jeti ini sudah lebih setahun uzur dan agak membahayakan para nelayan terutamanya yang sering melalui kawasan ini. Justeru, dengan adanya bantuan kita sudah boleh baik pulih dalam masa terdekat ini,” katanya.

Pada 14 Jun lalu, penduduk di Morib digemparkan dengan kejadian ribut sehingga menerbangkan atap rumah selain menyebabkan pokok di sekeliling kediaman penduduk tumbang.

Bencana ribut yang berlaku di Morib pada 14 Jun lalu mengakibatkan 152 kediaman terjejas di beberapa kawasan iaitu 62 rumah di Kampung Morib diikuti Kampung Tali Air (42), Kampung Kanchong Darat (24), Kampung Kelanang (15), Kampung Endah (lima), Kampung Kanchong Tengah (tiga) dan Kampung Sungai Lang Tengah (satu).


Pengarang :