Kemeriahan suasana penerima dalam Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kali ke-25 di Pusat Konvensyen KUIS, Kajang pada 14 hingga 18 Ogos 2022. Foto ihsan Kuis
AGENSISELANGOR

161 penuntut baharu UIS terima bantuan khas yuran pendaftaran RM500

SHAH ALAM, 16 OGOS: Seramai 161 penuntut baharu diploma dan ijazah sarjana muda Universiti Islam Selangor (UIS) menerima bantuan khas yuran pendaftaran keseluruhan berjumlah RM80,500.

UIS memaklumkan penuntut baharu Sesi 1 2023/2024 itu menerima bantuan RM500 setiap seorang.

“Bantuan adalah daripada Pusat Zakat dan Wakaf (PZW) UIS bagi membantu mereka yang layak untuk pembayaran yuran pendaftaran,” katanya menerusi Facebook.

UIS turut menawarkan rebat tiket kapal terbang RM150 khusus bagi penuntut baharu Sabah, Sarawak dan Labuan ambilan tahun ini, tertakluk kepada terma dan syarat.

Menurut UIS maklumat lanjut boleh hubungi pegawai mereka di talian 03-89117022.

Universiti berkenaan turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin berinfak, berzakat atau berwakaf menghubungi pihaknya di [email protected].


Pengarang :