Persembahan nyanyian lagu patrotik pada program Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di Kampung Nakhoda, Batu Caves pada 31 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

300 penduduk meriahkan program Kemerdekaan Masjid Jamek Kampung Nakhoda

OLEH DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 31 OGOS: Seramai 300 peserta daripada lapan kontinjen menyertai program Patriotik Kemerdekaan anjuran Masjid Jamek Kampung Nakhoda di sini, hari ini.

Nazirnya berkata aktiviti julung kali dianjurkan masjid di daerah Gombak merupakan program perintis melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi, persatuan, individu, kanak-kanak sekolah selain penglibatan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.

Perarakan belia bermotosikal sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di Kampung Nakhoda, Batu Caves pada 31 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Sambutan yang diterima daripada penduduk di luar dugaan dan kita berhasrat menjadikan program ini sebagai acara tahunan selepas melihat sambutan memberangsangkan peserta.

“Program kali ini disertai pelbagai peringkat umur terdiri daripada kanak-kanak sekolah dan kita terima penyertaan peserta tertua berusia 85 tahun,” kata Mohd Azmi Md Eusoff kepada Selangorkini.

Terdahulu beliau turut menyertai perarakan kontinjen sejauh 1.5 kilometer sekitar Kampung Nakhoda yang bermula dan berakhir di pekarangan masjid terbabit.

Mengulas lanjut Mohd Azmi berkata pihaknya mengambil masa selama dua bulan membuat perancangan termasuk mengambil kira aspek keselamatan dan pengisian bagi memastikan kejayaan program terbabit.

Program sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 itu turut diserikan aktiviti menarik melibatkan penyertaan pelbagai peringkat umur seperti pertandingan nyanyian, deklamasi sajak dan pakaian tercantik peserta membabitkan kategori lelaki dan wanita.

Caption pic A1-2
Peserta bergambar bersama sebelum memulakan perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di Kampung Nakhoda, Batu Caves pada 31 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

 


Pengarang :