Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam temu bual bersama media di Putrajaya pada 8 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

33 klinik daif bawah KKM serata Selangor tersenarai untuk dibaik pulih

SHAH ALAM, 23 OGOS: Sebanyak 33 klinik daif bawah Kementerian Kesihatan (KKM) seluruh Selangor tersenarai untuk dinaik taraf secara berfasa membabitkan kos RM10.5 juta.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa menerusi laman X memaklumkan daripada jumlah itu, sebuah klinik siap dibaik pulih sementara 26 klinik lagi masih dalam pelaksanaan.

Menurutnya, ia sebahagian daripada 436 klinik daif di seluruh negara yang tersenarai untuk dinaik taraf tahun ini dengan peruntukan RM111 juta.

Sebelum ini, KKM mengkelaskan klinik daif kepada tiga kategori iaitu klinik uzur berusia lebih 15 tahun, klinik yang mempunyai masalah utiliti dan klinik yang rosak akibat musibah.

Berikut senarai klinik daif seluruh Selangor yang terlibat dalam projek pembaikan:


Pengarang :