Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Dataran Anak Muda Jalan PJS 1/25, Petaling Jaya pada 6 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar disambut meriah, laungan reformasi bergema di Taman Medan

PETALING JAYA, 6 OGOS: Laungan reformasi bergema di Dataran Anak Muda, Taman Medan malam ini apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di program Ceramah Umum Perpaduan DUN berkenaan.

Ketibaan perdana menteri diiringi kumpulan konvoi motosikal anak muda juga disambut meriah oleh penyokong pelbagai bangsa yang menanti kehadiran beliau.

Kumpulan Blues Gang menghiburkan orang ramai ketika ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Dataran Anak Muda Jalan PJS 1/25, Petaling Jaya pada 6 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari serta calon Pakatan Harapan DUN Taman Medan Ahmad Akhir Pawang Chik dan calon Seri Setia Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Terdahulu kumpulan tersohor Blues Gang membuka tirai program berkenaan dengan menyampaikan lagu popularnya Apo Nak Dikato dan Mak Siti.


Pengarang :