Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang beri capaian lebih mudah dan pantas kepada usahawan. Foto ihsan GM Klang
AGENDANASIONAL

Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang, transformasi pengguna menjadi usahawan

Advertorial

Sebagai usaha untuk menggalakkan orang ramai terutama anak-anak muda untuk bergelar usahawan, Pusat Borong GM Klang telah melancarkan satu aplikasi mudah alih yang diberi nama Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang pada Oktober tahun lalu.

Tampil berbeza tetapi masih selari dengan kehendak dan kepesatan teknologi semasa, Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang memberikan kemudahan dan peluang keusahawanan dengan lebih mudah dan pantas kepada para pengguna.

Di bawah ciri khas’“Business Matching’, pengguna hanya perlu mengisi tarikh dan masa temu janji serta maklumat produk yang ingin diniagakan, kemudian pihak GM Klang akan menghubungkan pengguna dengan para pemborong yang bersesuaian agar perbincangan perniagaan selanjutnya dapat dilakukan di antara pengguna dengan pemborong.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menggunakan studio yang disediakan khas secara percuma untuk tujuan promosi, pengiklanan mahupun sesi ‘live stream’ barangan jualan mereka yang telah dibeli daripada pemborong-pemborong di sini.

Orang ramai terutama anak-anak muda mampu bergelar usahawan menerusi inisiatif GM
Klang. Foto ihsan GM Klang

Setakat bulan Ogos 2023, inovasi oleh Pusat Borong GM Klang yang memudahkan para usahawan untuk berhubung dengan pemborong GM Klang ini berjaya melepasi sebanyak lebih 8,000 muat turun di seluruh Malaysia dan lebih 150 temu janji telah berjaya dihubungkan dengan pemborong melalui ciri khas ‘Business Matching’.

Jumlah tersebut jelas menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat kepada penggunaan aplikasi ini telah pun berkembang.

Selain membolehkan para pemborong dan pengguna meneroka peluang keusahawanan dan penggunaan studio secara percuma untuk tujuan promosi, sebarang informasi di Pusat Borong GM Klang seperti pembukaan kedai baharu, kempen terkini dan pelbagai lagi turut disiarkan di ruang ‘announcement’ bagi memastikan semua pengguna aplikasi mengetahui informasi terbaharu tentang Pusat Borong GM Klang dengan mudah dan pantas.

GM Klang menganggarkan bilangan pengguna yang akan memuat turun aplikasi ini akan bertambah kerana ia akan dinaiktaraf dengan pelbagai lagi fasiliti perniagaan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian bagi memastikan aplikasi ini sentiasa dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang ingin memulakan perniagaan bersama GM Klang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Nurhani Yasmeen (Eksekutif Komunikasi Jenama GM Klang) di talian 012-2851152 atau emel ke [email protected].


Pengarang :