Calon DUN Sungai Pelek Lwi Kian Keong (barisan hadapan dua dari kiri) melancarkan manifesto pada 6 Ogos 2023. Foto AMIRUL FAZLI/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Atasi kesesakan lalu lintas antara manifesto calon DUN Sungai Pelek

Oleh AMIRUL FAZLI

SUNGAI PELEK, 6 OGOS: Pembinaan dan pintasan jalan di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek akan memberi kemudahan kepada penduduk untuk mengelak kesesakan lalu lintas pada waktu pagi dan petang.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Lwi Kian Keong berkata ada beberapa kawasan berlaku kesesakan luar biasa dan menyukarkan pergerakan orang ramai.

Disebabkan itu katanya beliau telah melakukan kajian dan yakin manifesto yang ditawarkan itu antara yang terbaik selepas melihat potensi di kawasan berkenaan.

“Contohnya untuk menaik taraf jalan di simpang B48, selepas mendapat maklum balas jurutera, kita boleh siapkan dalam masa dua tahun dari sekarang.

“Antara manifesto lain adalah merancakkan ekonomi setempat, menaikkan industri pelancongan dan pelaksanaan pasar awam,” katanya ketika pelancaran manifestonya hari ini.

Beliau yakin boleh memenangi kerusi itu dan sambutan diterima daripada penduduk sangat baik.

“Berbaki beberapa hari saja lagi saya perlu bekerja keras untuk meyakinkan orang ramai dan percaya pada saya untuk galas tanggungjawab selaku wakil rakyat di sini,” katanya.

Dalam pilihan raya negeri 12 Ogos ini DUN Sungai Pelek menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Kian Keong, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (Perikatan Nasional) dan Nageswaran Ravi (BEBAS).


Pengarang :