AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Awie, Iman Troye meriahkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 23 OGOS: Artis terkenal Awie, Ziana Zain dan Iman Troye antara yang akan membuat persembahan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 peringkat negeri pada 30 Ogos ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Facebook memaklumkan sambutan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang bermula jam 4.45 petang hingga 12 tengah malam itu turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik.

Antara acara yang telah disusun ialah selawat dan munajat dipimpin Habib Ali Zaenal Abidin, persembahan kebudayaan serta perarakan Anak Harapan Selangor dan perbarisan.

Turut diadakan persembahan kawad senyap, pertunjulan T-Baton, persrmbahan tarian Zeppo Youngsterz dan pertunjukan bunga api.

Sehubungan itu semua warga Selangor dijemput datang beramai-ramai ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam bagi memeriahkan sambutan kali ini.


Pengarang :