AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bekalan air di enam kawasan pulih sepenuhnya 12 tengah malam tadi

SHAH ALAM, 15 OGOS: Bekalan air di enam kawasan terjejas pulih sepenuhnya 12 tengah malam tadi, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Agensi itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

“Bekalan air pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, 15 Ogos 2023. Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan,” kata agensi itu menerusi Facebook hari ini.

Sabtu lalu, operasi Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 terjejas berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air.

Susulan itu, pengguna di enam kawasan membabitkan Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air bersih.


Pengarang :