Pengguna menadah air dari lori tangki yang disediakan Air Selangor. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Bekalan air enam kawasan terjejas pulih hampir 95 peratus

SHAH ALAM, 14 OGOS: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas mencapai 94.8 peratus bagi kumpulan satu dan 52.2 peratus bagi kumpulan dua setakat jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di Facebook memaklumkan tempoh masa pemulihan adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor terus menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi https://hentitugas.airselangor.com/ selain aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi di talian 15300.

Kelmarin, operasi LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 terjejas berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air.

Susulan itu, pengguna di enam wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air bersih.


Pengarang :