Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) PKNS, Suhaimi Kasdon melihat model rumah ketika program Home Buyer di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 26 Ogos 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Beli hartanah PKNS dapat diskaun perkakasan Samsung hingga 25 peratus

SHAH ALAM, 26 OGOS: Pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berpeluang menikmati diskaun lima hingga 25 peratus bagi produk perkakas rumah keluaran Samsung.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) Suhaimi Kasdon berkata tawaran ekslusif itu bermula 1 Oktober sebagai menghargai pembeli yang menyokong projek pembangunan PKNS.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) PKNS, Suhaimi Kasdon bercakap kepada media selepas pelancaran program ‘Home Buyer’ di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 26 Ogos 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kita sedia membantu mereka yang sedang merancang membeli rumah. Pembeli bukan sahaja bakal dapat memiliki rumah tetapi berpeluang menggunakan produk Samsung dengan kualiti terbaik.

“Mereka yang bertuah akan dapat potongan harga mengikut produk tertentu seperti televisyen, mesin basuh, peti ais dan ketuhar,” katanya ditemui selepas pelancaran program ‘Home Buyer’ di Kompleks PKNS di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) PKNS, Suhaimi Kasdon melihat contoh ruang dapur rumah PKNS ketika program Home Buyer di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 26 Ogos 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau berkata pihaknya turut menawarkan pakej hiasan dapur seperti kabinet serendah RM5,900 kepada pembeli sedia ada dan baharu sempena program itu.

“Konsultasi percuma berkaitan pinjaman perumahan juga disediakan kepada pengunjung yang berminat,” katanya.

Pembeli rumah PKNS boleh melayari laman sesawang www.pknshomebuyers.my bagi mengetahu lebih lanjut berhubung tawaran itu.


Pengarang :