Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dihadapan penjawat awam ketika perhimpunan bulanan dan pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 22 Ogos 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Capai sasaran kutipan hasil lebih awal bukti kerja keras warga pentadbiran

SHAH ALAM, 23 OGOS: Dato’ Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri susulan kejayaan mencapai sasaran kutipan hasil tahun ini empat bulan lebih awal.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan mengutip hasil RM2 bilion setakat bulan ini adalah bukti kerja seluruh warga pentadbiran.

“Meskipun menghadapi pilihan raya, tugas dan tanggungjawab tidak sesekali dilupakan. Setakat Ogos, Kerajaan Selangor berjaya mencapai sasaran kutipan hasil untuk tahun ini.

“Syabas dan tahniah diucapkan buat seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri. Permulaan yang gemilang di penggal baharu ini, Alhamdulillah,” katanya menerusi Facebook.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas perhimpunan bulanan penjawat awam dan pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 22 Ogos 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Semalam, Amirudin mengumumkan Selangor berjaya mencatat kutipan hasil sebanyak RM2 bilion iaitu empat bulan lebih awal dan dijangka terus meningkat sehingga RM2.5 bilion.

“Sehingga Jumaat lalu kita sudah capai sasaran sebagaimana dianggarkan dalam belanjawan negeri. Saya percaya jika ikut trend bulan Ogos dan September ini, kita dapat lebihan lebih baik.

“Kita menganggarkan minimum boleh sehingga RM2.3 bilion ke RM2.4 bilion kalau ikut keadaan sekarang tapi untuk capai RM2.5 bilion tak mustahil. Saya tak mahu terlalu bercita-cita,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan penjawat awam di Dewan Jubli Perak, di sini.

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 25 November tahun lalu, Dato’ Menteri Besar menganggarkan hasil yang boleh dikutip pada tahun ini adalah RM2 bilion.

Beliau berkata penyumbang utama kepada hasil negeri adalah premium tanah sebanyak RM753.72 juta bersamaan 38 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan


Pengarang :