Oleh AMIRUL FAZLI
SHAH ALAM, 24 OGOS: Selangor terus mengandakan usaha bagi memastikan persiapan dan prestasi atletnya berada di landasan tepat bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun depan.
EXCO Sukan Najwan Halimi berkata pihaknya meletakkan sasaran untuk menjadi juara seperti yang pernah dicapai dalam temasya sama pada 2016.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/08/PSX_20230824_121927-500x333.jpg.webp)
“Saya baru mendapat taklimat berkenaan persiapan kontijen dan akan menambah baik persedian para atlet kita dari semasa ke semasa.
“Kita pernah menjadi juara keseluruhan pada SUKMA Sarawak pada 2016 dan berharap kali ini akan merampas kembali juara keseluruhan tersebut,” katanya ketika di temui di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di sini.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis penyerahan tugasan portfolio Belia dan Sukan dari mantan EXCO Mohd Khairuddin Othman.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/08/PSX_20230824_122253-500x333.jpg.webp)
Mengulas mengenai potfolio yang disandangnya, wakil rakyat Kota Anggerik itu tekad meneroka potensi dan perkembangan semasa dalam memperkasa belia dan sukan negeri ini.
“Kita sedia maklum teras asas portfolio ini adalah sukan dan juga pembangunan belia dan pada masa ini cabarannya agak berbeza kerana apabila kita sebut sahaja belia ia tidak semestinya dikaitkan dengan sukan semata-mata.
“Jadi saya perlu melihat skop yang lebih besar seperti kerjaya, pendidikan dan ekonomi,” katanya.
Selangor muncul juara SUKMA di Sarawak pada 2016 apabila meraih 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa.