Bendera Pakatan Harapan (HARAPAN) berkibaran di jalan persiaran Bangi ketika tinjauan Selangorkini di Bandar Baru Bangi, Kajang pada 31 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

HARAPAN-BN diramal pertahan Selangor, saingan sengit kerusi Melayu

SHAH ALAM, 11 OGOS: Selangor dan Pulau Pinang diramal kekal di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) walau persaingan di kerusi 70 hingga 90 peratus bermajoriti Melayu amat sengit.

Menurut firma tinjauan pendapat Merdeka Center, gabungan tersebut juga mampu mempertahan Negeri Sembilan walau Perikatan Nasional (PN) dijangka cuba menembusi beberapa kerusi.

Begitu juga tiga negeri bawah Perikatan Nasional (PN) yang diramal berjaya kekal di tangan gabungan tersebut.

“Keputusan sedia ada di enam negeri. Kedah, Kelantan dan Terengganu akan kekal di tangan PN sementara Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan terus dipegang HARAPAN-BN,” kata firma tersebut.

Namun, PN dijangka berupaya mengembang pengaruhnya di kerusi bermajoriti Melayu di Kedah, selain berkemungkinan merampas kerusi yang disandang wakil BN di Kelantan dan Terengganu.

Umumnya, HARAPAN-BN terus meraih sokongan pengundi bukan Melayu tetapi peratusan keluar mengundi etnik ini esok tidak dapat dipastikan.

Seramai 6,179 responden terlibat di semua negeri yang ditinjau antara 3 Julai hingga 11 Ogos secara berperingkat-peringkat.


Pengarang :