Logo Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
PBTSELANGOR

Hasilkan video pendek tema merdeka, peluang menang RM200

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 24 OGOS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menganjurkan pertandingan video pendek ‘Semarak Merdeka MPKj 2023’ sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-66.

Sehubungan itu warga Kajang dipelawa menghasilkan video kreatif dengan tema kemerdekaan dan berpeluang menang wang tunai, kata pihak berkuasa tempatan itu menerusi laman webnya.

Pertandingan terbuka kepada orang ramai dan pemenang akan menerima wang tunai RM200 beserta sijil tetapi setiap peserta wajib menjadi pengikut akaun rasmi media sosial MPKajang di aplikasi Instagram, Facebook dan TikTok.

Setiap video yang dihasilkan mestilah berkisarkan kemerdekaan negara dengan elemen dan nilai patriotisme serta unsur-unsur teladan yang baik.

Peserta perlu memuatnaik karya mereka di akaun Instagram masing-masing sebelum jam 11.59 malam, 27 Ogos ini dan ‘tag’ akaun rasmi MPKajang beserta tanda pagar #mpkjsemarakmerdeka.

Orang ramai yang berminat boleh menghantar butiran permohonan di pautan https://forms.gle/JtMsEdj2j5huTthw9 atau imbas kod QR pada poster program.


Pengarang :