AGENSISELANGOR

Jelajah Mini Rakan Muda@Selangor tawar pelbagai aktiviti menarik Sabtu ini

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 14 Ogos : Pertandingan e-sukan Mobile Legends dan sukan kasut roda antara program menarik menanti golongan belia sempena Jelajah Mini Rakan Muda@Selangor Sabtu ini.

Bertempat di Kompleks Sukan Arena (Pusat Rakan Muda) Seksyen 3, Petaling Jaya, program yang dijadual bermula 7.30 pagi sehingga 2.00 petang turut menganjurkan pertandingan bola jaring, bola sepak jalanan dan cabaran lompat tali.

“Aktiviti lain yang bakal menanti pengunjung termasuklah senamrobik, demonstrasi bela diri, kursus asas sulaman, mencanting batik dan program 3R (mengurangkan, guna semula, kitar semula)

“Wang tunai turut menanti para peserta yang berjaya memenangi pertandingan yang disertai,” maklum Jabatan Belia dan Sukan di Facebook.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai boleh mendaftar penyertaan QR code atau pautan tinyurl.comjelajahminirakanmudaselangor

Program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia Sukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Rakan Muda.


Pengarang :