SHAH ALAM, 17 OGOS: Syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negeri KDEB Waste Management (KDEBWM) membersihkan persekitaran kawasan perumahan Lorong 1, Sekinchan, semalam.
Agensi itu memaklumkan program gotong-royong melibatkan 10 petugas dari cawangan Sabak Bernam untuk memastikan kawasan tersebut terhindar dari pembiakan nyamuk Aedes.
“Penglibatan KDEBWM dalam operasi yang dianjurkan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam ini untuk menjaga keharmonian dan kebersihan kawasan di Selangor,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes demam denggi meningkat 4.7 peratus kepada 2,542 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) iaitu bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos, berbanding 2,427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan pada ME31.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/08/KDEBWM-478x500.jpg.webp)