Ribuan penyokong Harapan melaungkan Slogan Kekal Lima Tahun pada program Ceramah Grand Finale Perpaduan #ArusMerahKuning di pada AU2 Keramat pada 10 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 5,000 hadir Festival #ArusMerahKuning, pamer sokongan Kerajaan Perpaduan

OLEH SHEEDA FATHIL & SHAMZ JOHAN

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Lebih 5,000 individu mempamerkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan menerusi Festival Grand Finale Kita Selangor #ArusMerahKuning di padang AU2 Keramat, malam tadi.

Program yang bermula jam 8 malam itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.

Turut hadir, Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Dato’ Sri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh.

Dato’ Menteri Bersar Dato’ Amirudin Shari berucap di hadapan ribuan penyokong pada program Ceramah Perpaduan Grand Finale #ArusMerahKuning di pada AU2 Keramat pada 10 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

Beberapa calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional juga hadir festival itu antaranya calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Gombak Setia) dan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet) (DUN Bukit Antarabangsa).

Festival dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis terkemuka tanah air antaranya kumpulan Floor 88, Kugiran Masdo, Bunkface dan MK K-Clique.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon negeri Selangor mengangkat isyarat menang kepada hadirin sejurus tamat program Ceramah Perpaduan Grand Finale #ArusMerahKuning di pada AU2 Keramat pada 10 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

Dalam majlis sama, penyanyi Sufian Suhaimi dan seluruh rakyat yang hadir tidak ketinggalan menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir kepada perdana menteri sempena ulang tahunnya semalam.

Rata-rata rakyat yang hadir pada festival itu turut memberikan sokongan padu dan tumpuan terhadap ceramah disampaikan oleh para pemimpin termasuk menyambut laungan Kita Selangor dan Reformasi.

Kumpulan Indie popular tanah air Floor 88 menyampaikan tiga lagu popular sebelum Ceramah Perpaduan Grand Finale #ArusMerahKuning yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan calon DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli di padang AU2 Keramat pada 10 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

Pengarang :